Tuesday 28 April 2015

Pengurusan Disiplin Pelajar (2)

2. DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.1. Ponteng Sekolah
2.1.1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2.1.2. Guru tingkatan hendaklah menandakan 0 dalam buku BJKM kelas (sila rujuk Nota 1.1.3).
2.1.3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan
Ponteng Berterusan
Ponteng
Berkala/Tidak Berurutan
Amaran 1
3 hari berturut-turut
10 hari
Amaran 2
7 hari selepas Surat Amaran 1
10 hari selepas Surat Amaran 1
Amaran 3
7 hari selepas Surat Amaran 2
20 hari selepas Surat Amaran 2
Buang Sekolah
14 hari selepas Surat Amaran 3
20 hari selepas Surat Amaran 3
Jumlah Keseluruhan
31 hari
60 hari
2.1.4. Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).
2.1.5. Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.
2.1.6. Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran 1
Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 2
Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3
Ditandatangani oleh GPKHEM
Buang Sekolah
Ditandatangani oleh Pengetua
·              Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga)
·              Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku )
·              Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
2.1.7. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada GPKHEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
Nota:
Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat seperti berikut:
AP: Amaran Pertama
AK: Amaran Kedua
AT: Amaran Terakhir
BS: Buang Sekolah
2.1.8. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
·              Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
·              Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing an berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
·              Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua.
·              Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.
2.2. Buku Rekod Pengesanan Pelajar (BRPP)
2.2.1. Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BRPP setiap hari.
2.2.2. Ketua Tingkatan akan mengambil BRPP diwaktu pagi di pejabat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BRPP ke pejabat semula selepas tamat sesi persekolahan.
2.2.3. BRPP hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti ERT, KHB dan Pendidikan Jasmani BRPP akan dibuat secara berasingan.
2.2.5. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BRPP.
2.2.7. Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BRPP untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya.
2.2.8. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BRPP dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin/GPK HEM.
2.2.9. Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya.
2.2.10. Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada GPKHEM pada setiap akhir semester 1 & 2.
2.3. Pas Keluar
2.3.1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.
2.3.2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
2.3.3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kalelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru.
2.4. Disiplin Murid
2.4.1. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2.4.2. Guru-guru mestilah member nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
2.4.3. Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
2.4.4. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestllah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.5. Hukuman berganda(double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku yang dilakukan.
2.4.6. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negative guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
2.5. Kawalan/Tanggungjawab Guru
2.5.1. Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu.
2.5.2. Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
2.5.3. Jangan mulakan proses P & P jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesame sendiri.
2.5.4. Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.5.5. Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.5.6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
2.5.7. Penyemakan buku akan dilakukan sebanyak sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir.
Bagi murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran , hukuman, guru-guru oleh memaklumkan kepada Pengetua. Pengetua akan menjalankan tindakan seperti meminta murid-murid tersebut bersila di Astaka Ilmu untuk menyiapkan tugasan mereka. Perkara ini akan dimaklumkan semasa perhimpunan dan murid-murid mesti mencatatnya di dalam buku nota masing-masing. Hal ini juga akan dicatatkan di Buku Perhimpunan.
2.6. Dasar Umum Disiplin
2.6.1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.
2.6.2. Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
2.6.3. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum disiplin.
2.6.4. Pemeriksaan Gempar/Spot Check
2.6.4.1. Pemeriksaan Gempar/sport check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
2.6.4.2. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
2.6.4.3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik GPK HEM.
2.6.4.4. Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
2.6.4.5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat akurjanji .
2.6.4.6. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
2.6.4.7. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
2.7. Kaedah Mengatasi Disiplin
2.7.1. Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
- semua guru
- kelas-kelas(untuk ditampal)
- bilik-bilik khas
2.7.2. Guru mata pelajaran / guru kelas
- rekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
- Guru Disiplin akan kumpulkan
- Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
2.7.3. Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
- Kedatangan penuh
- 2 kali setahun
- Kerap ponteng 2 bulan sekali ( oleh guru penyelaras)
2.7.4. Sijil Sifar Ponteng
- Kelas yang Berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan.
- Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.
- Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun.

Monday 27 April 2015

Pengurusan Disiplin Pelajar (1)


                        Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar

   
                                                        
 1. Pengertian Hukuman

 Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :

i. terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.

Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.

 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera ( Corporal punishment ), Penahanan (detention) dan Amaran.

 
2. Pengertian Pembuangan Sekolah

 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran. (Disiplin Sekolah) 1959.

Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua / Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

 3. Pengertian Penggantungan Sekolah

 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutuan sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.

 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Pengetua / Guru Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.
Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua / Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup untuk murid membuat penjelasan ( to show case ) hendaklah diberi.

 4. Pengertian Hukuman Dera ‘corporal punishment’

 Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.

 Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan [Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].

Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam [Perkara 5 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].


5. Pengertian Hukuman Penahanan ‘detention’


Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.

 Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan seseorang itu ditahan.

Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid berkenaan dan juga murid yang lain.
 Akiti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.

 

6. Pengertian Hukuman Amaran

 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.


Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.


Sumber

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.





Pengertian Salahlaku
 

1. PENGERTIAN ISTILAH SALAH LAKU

 
Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin) Sekolah 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

 Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman.

Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan sehingga boleh dibuang sekolah.

 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.

 

2. SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA


2.1. PENGERTIAN ISTILAH

 Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan kemudaratan.

 Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan kemudaratan , keharmonian sistem pendidikan di sekolah.

 Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.


 2.2. PENGERTIAN ISTILAH

Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang dinyatakan dalam peraturan, misalnya membuat bising dalam darjah, berkeliaran ( loitering ) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

Salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi.

 Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga.

 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.


2.3. PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH

 Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan.

 Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut

Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.

 Ponteng Sekolah Secara Berkala

Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.

 
2.4. PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG KELAS

 Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu Pelajaran.

Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.

 
2.5. PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG ACARA RASMI

 Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

 

Panduan Pengendalian Kes Salahlaku


GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KES SALAH LAKU MURID


1. Pihak sekolah perlu mengambil perhatian perkara-perkara berikut supaya kes salah laku murid di sekolah dapat dikendalikan tanpa menimbulkan keraguan daripada mana-mana pihak.

 1.1. Setiap tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas murid hendaklah mengikut peraturan serta garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tindakan dan hukuman tersebut hendaklah direkodkan dan sentiasa dikemas kini.

 1.2. Mengumumkan pelantikan guru disiplin kepada warga sekolah khususnya murid.

1.3. Hukuman yang dikenakan ke atas murid perlu bersifat mendidik. Hukuman tersebut mestilah tepat, adil, setimpal, tidak mendera dan tidak menjatuh maruah murid. Proses kaunseling hendaklah dilaksanakan ke atas murid sama ada sebelum atau selepas menerima sebarang hukuman.

 1.4. Buku Peraturan Sekolah hendaklah menyatakan dengan jelas unsur dan jenis hukuman supaya murid dan ibu bapa memahami operaturan-peraturan yang diguna pakai di sekolah.

1.5. Unsur provokasi yang memberi kesan negatif sama ada dalam bentuk pergerakan anggota tubuh badan ataupun kata-kata hendaklah dielakkan dalam membuat arahan kepada murid.

 1.6. Bagi kes salah laku ringan dan sederhana yang berlaku di sekolah hendaklah diselesaikan di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun sekiranya kes tersebut melibatkan pihak luar maka hendaklah diselesaikan secara permuafakatan. ( Ibu bapa/ Penjaga/ PIBG / JKKK / Persatuan Penduduk / Pegawai Perhubungan Polis dan lain-lain yang berkaitan)

 1.7. Kes salah laku berat seperti melibatkan senjata, gangstarisme, kongsi gelap, dadah atau berupa ancaman keselamatan kepada guru, murid-murid dan warga sekolah yang lain hendaklah dilaporkan kepada polis.


2. Pertimbangan asas dalam menentukan sebarang hukuman ke atas murid:

2.1. Beratnya kesalahan : Lebih serius salah laku itu, maka beratlah hukuman yang akan dikenakan. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

 2.2. Perwatakan dan latar belakang murid : Perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan salah laku disiplin perlu diteliti sebelum diputuskan sebarang hukuman.

 2.3. Kekerapan kesalahan : Lebih kerap salah laku murid atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman ke atas murid berkenaan.


3. Pengetua dan Guru Besar hendaklah mematuhi serta mengikut prosedur berikut sebelum hukuman dilaksanakan.

 3.1. Membuat siasatan yang menyeluruh dan teliti ke atas murid serta pihak lain yang terlibat setelah menerima aduan salah laku murid. Siasatan ini perlu dibuat untuk memastikan kebenaran aduan murid. Jika aduan itu benar, perkara- perkara berikut hendaklah disediakan :

 3.1.1. Laporan siasatan

 3.1.2. Pengakuan bertulis daripada murid berkenaan dan saksi

 3.1.3. Bukti yang cukup; dan lengkap

3.2. Memaklumkan kes salah laku murid kepada ibu bapa / penjaga.

3.3. Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin / Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah dilaksanakan untuk meneliti setiap kes salah laku murid. Pengetua / Guru Besar hendakalah menilai laporan Jawatankuasa Disiplin / Lembaga Disiplin Sekolah dan membuat kesimpulan untuk menentukan sama ada kes tersebut bersabit ( wujud “prima facie”) atau tidak.

3.4. Jika wujud “prima facie”,pertuduhan hendaklah dibacakan dan surat pertuduhan hendaklah diberikan kepada murid yang terlibat. Murid diberi peluang untuk menjawab kebenaran pertuduhan terhadapnya.

3.5. Jika murid menafikan tuduhan tersebut maka hendaklah diberi peluang kepadanya untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan yang dihadapkan kepada beliau tidak betul.

 3.6. Pengetua / Guru Besar membuat keputusan.

 3.6.1. Jika murid dapat membuktikan bahawa tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul atau dia tidak bersalah, Pengetua / Guru Besar hendaklah membuat keputusan bahawa murid berkenaan tidak bersalah dan tiada hukuman ke atas murid berkenaan.

 3.6.2. Jika murid itu mengaku bahawa dia bersalah atau terbukti dia bersalah, Pengetua / Guru Besar hendaklah mengenakan hukuman ke atas murid berkenaan.
 4. Hukuman yang boleh dikenakan ke atas murid yang melakukan salah laku adalah seperti berikut :
 4.1. Hukuman biasa : rotan, denda, amaran dan penahanan.
 4.2. Gantung persekolahan
 4.3. Gantung asrama
 4.4. Buang asrama
 4.5. Buang sekolah
5. Sekolah perlu memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan bagi melicinkan pengurusan kes salah laku murid.
5.1. Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan secepat mungkin setiap kes salah laku anak mereka.
 5.2. Pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa / penjaga murid yang dikenakan tindakan gantung sekolah, gantung asrama, buang asrama atau buang sekolah untuk menyerahkan anaknya. Sekolah bertanggungjawab menghantar murid ke rumah jika ibu bapa / penjaga tidak hadir ke sekolah khususnya bagi murid yang tinggal di asrama.
 5.3. Pihak sekolah mestilah tegas dan adil dalam mengendalikan kes salah laku murid. Setiap murid yang melakukan kesalahan mestilah dihukum. Setiap hukuman yang dikenakan ke atas murid hendaklah mengikut tatacara yang betul.
5.4. Pengetua / Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau buang sekolah dan surat-surat bagi hukuman tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar.
5.5. Semua surat yang dikeluarkan oleh sekolah berkaitan kes salah laku murid ini mestilah jelas dan tepat maksudnya supaya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
 5.6. Pihak sekolah perlulah mengadakan permuafakatan dengan PIBG, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemimpin setempat dan pihak-pihak lain yang berkaitan supaya kes salah laku murid sekolah dapat ditangani secara holistik.
 5.7. Jawatankuasa Disiplin Murid dan Jawatankuasa Tadbir / Disiplin Asrama hendaklah berfungsi sepenuhnya dalam pengendalian kes salah laku murid di sekolah. Jawatankuasa PIBG sekolah hendaklah menjadikan isu disiplin murid sebagai satu agenda dalam mesyuarat dan perbincangan.
6. Pihak sekolah perlu menyediakan dokumen dan perkara-perkara berikut agar kesahihan hukuman ke atas murid yang melakukan salah laku tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
 6.1. Rekod Salah Laku Murid / Sistem Salah laku Disiplin Murid (SSDM)
6.2. Perancangan Strategik Peningkatan Disiplin Murid
6.3. Buku Peraturan Sekolah
6.4. Rekod Kehadiran Murid
6.5. Buku Catatan Kehadiran Murid Dalam Kelas / Diari Kelas
6.6. Laporan Guru Bertugas
6.7. Buku Catatan / Laporan Perhimpunan Sekolah.
6.8. Buku Catatan Pengumuman Sekolah
6.9. Rekod Perkhidmatan Kaunseling Murid
6.9.1. Catatan / Maklumat berkaitan panduan dan tatacara keselamatan murid semasa di sekolah atau mengikut aktiviti murid di luar sekolah.
7. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjwab di atas, Pengetua / Guru Besar dan semua guru hendaklah sentiasa merujuk kepada buku dan dokumen berikut :
7.1. Akta Pendidikan
7.2. Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959.
7.3. Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, Kuala Lumpur, 1988.
7.4. Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994.
7.5. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan Disiplin dari tahun 1968 hingga sekarang ( yang masih berkuatkuasa )
8. Pihak sekolah bertanggungjawab melaporkan kes salah laku murid ( khususnya kes berat ) kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
8.1. Laporan lisan sebagai maklumat awal
8.2. Laporan rasmi pada hari pertama. Ketiga dan ketujuh menggunakan Borang PKP 04-3 ( 1-3-7 )
Senarai Tugas Guru Disiplin
  1.  Membantu guru besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.
  2. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  3. Mengawasi ahli lembaga sekolah
  4. Menjadi penyelaras di antara guru dan guru besar di dalam hal disiplin murid-murid.
  5. Menjalankan hukuman disiplin sekirannya diwakili guru besar.
  6. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga di dalam masalah disiplin.
  7. Membantu guru besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.
  8. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai.
  9. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling.
  10. Berusaha menanam semangat patut dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru besar.
  12. Mengadakan kempen kebersihan dan kempen hormat guru.
  13. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan berpakaian kemas dan bersih.
  14. Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat/urusan-urusan lain.
  15. Mengadakan lawatan sambil belajar.
Surat Pekeliling Berkaitan


Penyeliaan Pengajaran oleh Guru Besar

1. Pengenalan


Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum, guru besar selaku pemimpin instruksional perlu memberi keutamaan kepada tugas sebagai penyelia pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dilaksanakan selaras dengan matlamat pendidikan, dan seterusnya memberi kesan ke atas kualiti kecemerlangan kurikulum sesebuah sekolah secara berterusan.

Mandat melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1987 yang jelas menyatakan bahawa ‘Keberkesanan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu bidang kritikal dalam memastikan pemajuan sekolah yang berterusan. Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab utama bagi semua pengetua dan guru besar untuk pelaksanaan penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah.’ Sementara itu implementasi SKPM 2010 pula bagai memberi cabaran kepada pihak pengurusan sekolah untuk meningkatkan pengurusan penyeliaan pengajaran di peringkat sekolah agar  mencapai tahap kualiti yang diperlukan seterusnya meletakkkan diri di‘ranking’ yang  baik dalam NKRA Pendidikan. 

2. Penyeliaan Pengajaran

Penyeliaan pengajaran membawa maksud yang positif iaitu satu usaha oleh guru besar untuk membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Justeru, tanggungjawab utama guru besar sebagai pemimpin instruksional adalah menjamin proses penyeliaan pengajaran berjalan lancar dan berkesan. Dalam usaha untuk memahami proses penyeliaan pengajaran, penyelidik menggunakan kerangka konsep yang dikemukakan oleh Shukri Zain (2011) seperti dalam rajah 1 di bawah.



Rajah 1:   Kerangka Konsep  Penyeliaan 


Rajah 1 di atas menunjukkan konseptual penyeliaan yang menjelaskan bahawa pelaksanaan penyeliaan pengajaran memerlukan aktiviti: 
i.   pencerapan, 
ii.  pemantauan dan 
iii. penilaian. 

Proses penyeliaan pengajaran guru dilihat lebih seseuai menngunakan pendekatan Penyeliaan Klinikal kerana pencerapan perlu dibuat berdasarkan prinsip professional, iaitu dijalankan secara terancang, berjadual dan guru yang terlibat perlu dimaklumkan terlebih awal tentang butir-butir dan tujuan pencerapan diadakan. 

Selain daripada penyeliaan klinikal, penyelia juga melakukan coaching and mentoring. Sebagai mentor, penyelia berperanan memberi bantuan profesional, contohnya menjadi sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran, 

Hasil pencerapan, pemantauan dan penilaian perlu direkodkan ke dalam jurnal atau buku log bagi tujuan dokumentasi dan rujukan dalam pengurusan penyeliaan. 

3. Kesimpulan


Kesimpulannya bahawa penyeliaan merupakan proses memerhati dan memantau supaya staf dapat dibimbing, dibantu agar  imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah peningkatan kemahiran pedagogi serta peningkatan kualiti profesionalisme keguruan . Seterusnya dapatlah dirumuskan bahawa guru besar merupakan kunci utama kualiti pengajaran guru-guru di sekolahnya. Tinggi atau rendah kualiti pengajaran seseorang guru adalah dipengaruhi oleh faktor amalan penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Oleh itu seharusnya semua guru besar sentiasa menggunakan kaedah penyeliaan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi kerja guru di sekolah.

BIBLIOGRAFI

Shukri Zain, (2011). Penyeliaan pendidikan: Teori dan amalan. Tanjung Malim:Emeritus Publications

Sunday 26 April 2015

SKPM 2010 : Standard 1 - Kepimpinan dan Hala Tuju

SKPM 2010 - STANDARD 1 

KEPIMPINAN DAN HALA TUJU


Pernyataan Standard : Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti Pembelajaran & Pengajaran

Aspek 1.1 Gaya Kepemimpinan
Aspek 1.2 Penetapan Dan Pelaksanaan Hala Tuju
Aspek 1.3 Kemahiran Komunikasi
Aspek 1.4 Kemahiran Merancang
Aspek 1.5 Kemahiran Memotivasi Dan Menggerakkan Warga Sekolah
Aspek 1.6 Kemahiran Membuat Keputusan Dan Menyelesaikan Masalah
Aspek 1.7 Kepimpinan Instruksional
Aspek 1.8 Perkongsian Kepimpinan (Shared And Distributive Leadership)



Aspek 1.1: Gaya Kepimpinan


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau boleh MMI dicontohi.
Contohnya:
 Pengetua/Guru Besarmendapatkan maklum balas tentang gaya kepimpinannya dan memanfaatkannya untuk penambahbaikan sepertimewujudkan peti cadangan, melalui media sosial(seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) atau cara lain.
 atau inisiatif lain yang sesuai.
(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 -Deskripsi Skor 5
                                               
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Saya mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi




2
Saya bertindak secara proaktif untuk melaksanakan perubahan ke arah penambahbaikan




3
Saya bertindak secara dinamik untuk melaksanakan perubahan ke arah penambahbaikan




4
Saya bertindak secara bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perubahan ke arah penambahbaikan




5
Saya bersedia mengambil risiko untuk melaksanakan perubahan ke arah penambahbaikan




6
Saya berwibawa dalam melaksanakan hampir keseluruhan tindakan saya




7
Saya berintegriti dalam melaksanakan hampir keseluruhan tindakan saya




8
Saya bersikap profesional dalam melaksanakan hampir keseluruhan tindakan saya




9
Saya berpengetahuan luas untuk menjana idea yang bernas dan memberi bimbingan serta nasihat secara berterusan




10
Saya mempunyai pelbagai kemahiran untuk menjana idea yang bernas dan memberi bimbingan serta nasihat secara berterusan




11
Saya berpandangan jauh




12
Amalan budaya bersaing menjadi ikutan warga sekolah saya dalam melaksanakan tugas




13
Saya mendapat sokongan padu hampir keseluruhan warga sekolah saya






Aspek 1.2: Penetapan Dan Pelaksanaan Hala Tuju


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi

Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau bolehdicontohi.Contohnya:
 Pengetua/Guru Besar mempunyai sistem penyebaran visi, misi dan sasaran kepada ibu bapa

dan komuniti secara berkesan dan berterusan melalui laman web sekolah/blog sekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok/media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) poster dan carta  atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 - Deskripsi Skor 5
                                                                       
Bil. Item
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan potensi murid




2
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan keperluan sekolah




3
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan dasar pendidikan




4
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan aspirasi negara




5
Saya memastikan visi dan misi diperincikan dengan jelas oleh hampir keseluruhan warga sekolah.




6
Saya memastikan visi dan misi difahami oleh hampir keseluruhan warga sekolah.




7
Saya memastikan visi dan misi dijadikan asas untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.




8
Saya memastikan visi dan misi dijadikan rujukan untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.




9
Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan.




10
Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai matlamat sekolah.




11
Saya memastikan kejayaan sekolah dapat dilihat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.




12
Saya memastikan pencapaian matlamat dapat dilihat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.






Aspek 1.3: Kemahiran Komunikasi


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat.

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau bolehdicontohi.
Contohnya:
 Pengetua/Guru Besar mewujudkan pelbagai kaedah yang berkesan dalam menyampaikan maklumat untuk tindakan warga sekolah sepertilaman web sekolah/blogsekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok/ media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain).
 atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 -Deskripsi Skor 5  
                                           
Bil. Item
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Saya mengamalkan komunikasi pelbagai hala yang berkesan dalam menyampaikan idea dengan mengambil kira kepentingan pihak yang berkepentingan untuk kemajuan sekolah




2
Saya mengamalkan komunikasi pelabagai hala yang berkesan dalam menyampaikan maklumat dengan mengambil kira keperluan pihak yang berkepentingan untuk kemajuan sekolah




3
Saya mengamalkan komunikasi  pelbagai hala yang berkesan dalam menyampaikan arahan dengan mengambil kira keperluan semua pihak yang berkepentingan untuk kemajuan sekolah




4
Saya sedia mendengar pandangan yang berbeza melalui perspektif yang positif untuk kemajuan sekolah




5
Saya sedia memanfaatkan pandangan yang berbeza melalui perspektif yang positif untuk kemajuan sekolah




6
Saya sentiasa menyampaikan maklumat terkini kepada warga sekolah dengan cepat,tepat dan jelas




7
Saya sentiasa menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa dengan cepat, tepat dan jelas




8
Saya memastikan bahawa arahan tugasan yang saya sampaikan untuk dilaksanakan oleh warga sekolah adalah jelas




9
Saya memastikan bahawa warga sekolah saya tahu dan faham tentang perkembangan terkini di sekolah




10
Saya memastikan bahawa warga sekolah tahu dan faham tentang perkembangan terkini dalam pendidikan negara




11
Saya memastikan bahawa tiada perselisihan faham dalam kalangan warga sekolah akibat komunikasi yang kurang berkesan antara kepimpinan dan warga sekolah






Aspek 1.4: Kemahiran Merancang


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik (pelan strategik, taktikal, operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah)

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau boleh dicontohi.
Contohnya:
 Pengetua/Guru Besar memanfaatkan teknologi terkiniseperti alat/peranti elektronikuntuk memantau penyediaan/pelaksanaan perancangan sekolah.
 atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 -Deskripsi Skor 5

Bil. Item
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Saya menerajui penyediaan perancangan strategik dalam bidang kurikulum.




2
Saya menerajui penyediaan perancangan strategik dalam bidang kokurikulum dan sukan.




3
Saya menerajui penyediaan perancangan strategik dalam bidang hal ehwal murid




4
Saya menerajui penyediaan perancangan strategik dalam bidang kewangan




5
Saya menerajui penyediaan perancangan strategik dalam bidang sumber manusia.




6
Saya menerajui penyediaan perancangan strategik dalam bidang kemudahan dan keperluan sekolah.




7
Saya mempastikan perancangan strategik yang disediakan berasaskan analisis SWOT




8
Saya mempastikan perancangan strategik yang disediakan memenuhi kriteria SMART (specific, measurable, achievable, realistic, time-bound)




9
Saya memastikan sasaran yang ditetapkan berdasarkan TOV dan potensi murid




10
Saya memastikan sasaran yang ditetapkan berdasarkan isu yang telah dikenal pasti




11
Saya memastikan sasaran yang ditetapkan berdasarkan sumber yang ada




12
Saya merangka strategi dengan jelas dan tepat bagi membolehkan sasaran yang ditetapkan tercapai




13
Saya menjalankan pemantauan bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan berkesan




14
Saya membuat penilaian bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan berkesan




                                               

Aspek 1.5: Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau bolehdicontohi.
Contohnya:
 Pengetua/Guru Besar mempunyai kaedah yang berkesan dalam memotivasi dan menggerakkan warga sekolah seperti mengadakan ‘Hari Kualiti Sekolah’ untuk memberikan pengiktirafan (anugerah khas) kepada guru yang cemerlang.
 atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 -Deskripsi Skor 5

Bil. Item
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Saya memberi galakan kepada warga sekolah




2
Saya memberi pengiktirafan kepada warga sekolah




3
Saya memberi peluang memajukan diri kepada warga sekolah




4
Saya menjaga kebajikan warga sekolah




5
Saya menjaga keselamatan warga sekolah




6
Saya memberi pelbagai bentuk sokongan kepada hampir keseluruhan aktiviti sekolah.




7
Saya menghadiri hampir keseluruhan aktiviti sekolah.




8
Hampir keseluruhan warga sekolah mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugasan tanpa diarah dan tanpa mengira waktu




9
Hampir keseluruhan warga sekolah komited dalam melaksanakan tugasan tanpa diarah dan tanpa mengira waktu




10
Hampir keseluruhan hasil kerja warga sekolah berkualiti.




11
Hampir keseluruhan hasil kerja warga sekolah dilaksanakan melalui pemuafakatan dan budaya kerja berpasukan





  

 Aspek 1.6: Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau bolehdicontohi.
Contohnya:
 Pengetua/Guru Besarberjaya mewujudkan kaedah yang berkesan seperti penubuhan panel akrab, rakan pembimbing, atau mentor mentee untuk menangani warga sekolah yang bermasalah (inovasi/kreativiti untuk mengatasi masalah).
 atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 -Deskripsi Skor 5

Bil. Item
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, saya berupaya mengenal pasti punca masalah




2
Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, saya mengambil kira semua faktor




3
Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, saya mematuhi semua peraturan dan prosedur




4
Saya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan adil secara individu atau kolektif




5
Saya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tegas secara individu atau kolektif




6
Saya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan telus secara individu atau kolektif




7
Saya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cepat secara individu atau kolektif




8
Saya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat secara individu atau kolektif




9
Bagi memastikan masalah tidak berulang, saya mengambil tindakan awal yang berkesan




10
Bagi memastikan masalah tidak berulang, saya mengambil langkah kawalan yang berkesan




11
Bagi memastikan masalah tidak berulang, saya mengambil tindakan pencegahan yang berkesan




12
Hampir keseluruhan masalah dapat saya selesaikan






Aspek 1.7: Kepimpinan Instruksional


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar.

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau bolehdicontohi.
Contohnya:
 Pengetua/Guru Besar menjadi pakar rujuk/penceramah/pembimbing dalam program peningkatan pendidikan di peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.
 atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 -Deskripsi Skor 5

Bil. Item
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Saya menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas mengenai pelaksanaan kurikulum




2
Saya menentukan matlamat dan ketetapan yang tepat mengenai pelaksanaan kurikulum




3
Saya menentukan matlamat dan ketetapan yang berfokus mengenai pelaksanaan kurikulum




4
Saya mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan




5
Saya menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran bagi memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan kepada guru di peringkat sekolah




6
Saya menjadi rujukan berkaitan teori pedagogi bagi memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan kepada guru di peringkat sekolah




7
Saya menjadi rujukan berkaitan amalan terbaik pembelajaran dan pengajaran bagi memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan kepada guru di peringkat sekolah




8
Saya melaksanakan pencerapan P & P untuk semua guru dapat dicerap




9
Saya memastikan maklum balas pencerapan dibuat untuk meningkatkan kualiti P & P




10
Saya membuat penyeliaan hasil kerja atau tugasan dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan




11
Saya membuat seliaan secara tekal hampir keseluruhan guru terhadap perancangan pengajaran dan hasil kerja berkaitan P & P.




12
Saya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara keseluruhan bagi menyokong P&P yang berkesan.




13
Saya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid




14
Budaya belajar diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga sekolah saya






Aspek 1.8: Perkongsian Kepimpinan


Kriteria Kritikal: Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau bolehdicontohi.
Contohnya:
 Pengetua/Guru Besar memberi peluang dan membimbing secara sistematik kepimpinan pelbagai peringkat (Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, dan lain-lain) dan berjaya meningkatkan kecekapan dan kelancaran pengurusan sekolah yang berkesan.
 atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

MS5 -Deskripsi Skor 5

Bil. Item
Pernyataan Item
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
P1
P2
P3

1
Saya menurunkan kuasa untuk membolehkan keputusan dan tindakan bagi aspek yang sesuai dibuat dengan cekap




2
Saya menurunkan kuasa untuk membolehkan keputusan dan tindakan bagi aspek yang sesuai dibuat dengan berkesan




3
Hampir keseluruhan warga sekolah yang saya beri tanggungjawab peka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memajukan sekolah




4
Hampir keseluruhan warga sekolah yang saya beri tanggungjawab berkemahiran melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memajukan sekolah




5
Peluang untuk meningkatkan kecekapan memimpin wujud melalui pelbagai program latihan dalaman termasuk latihan sambil kerja yang berterusan




6
Sekolah beroperasi dengan lancar walaupun semasa ketiadaan saya




7
Perkongsian kuasa yang diamalkan dapat meningkatkan kecekapan individu




8
Perkongsian kuasa yang diamalkan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah