Monday, 27 April 2015

Penyeliaan Pengajaran oleh Guru Besar

1. Pengenalan


Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum, guru besar selaku pemimpin instruksional perlu memberi keutamaan kepada tugas sebagai penyelia pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dilaksanakan selaras dengan matlamat pendidikan, dan seterusnya memberi kesan ke atas kualiti kecemerlangan kurikulum sesebuah sekolah secara berterusan.

Mandat melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1987 yang jelas menyatakan bahawa ‘Keberkesanan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu bidang kritikal dalam memastikan pemajuan sekolah yang berterusan. Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab utama bagi semua pengetua dan guru besar untuk pelaksanaan penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah.’ Sementara itu implementasi SKPM 2010 pula bagai memberi cabaran kepada pihak pengurusan sekolah untuk meningkatkan pengurusan penyeliaan pengajaran di peringkat sekolah agar  mencapai tahap kualiti yang diperlukan seterusnya meletakkkan diri di‘ranking’ yang  baik dalam NKRA Pendidikan. 

2. Penyeliaan Pengajaran

Penyeliaan pengajaran membawa maksud yang positif iaitu satu usaha oleh guru besar untuk membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Justeru, tanggungjawab utama guru besar sebagai pemimpin instruksional adalah menjamin proses penyeliaan pengajaran berjalan lancar dan berkesan. Dalam usaha untuk memahami proses penyeliaan pengajaran, penyelidik menggunakan kerangka konsep yang dikemukakan oleh Shukri Zain (2011) seperti dalam rajah 1 di bawah.



Rajah 1:   Kerangka Konsep  Penyeliaan 


Rajah 1 di atas menunjukkan konseptual penyeliaan yang menjelaskan bahawa pelaksanaan penyeliaan pengajaran memerlukan aktiviti: 
i.   pencerapan, 
ii.  pemantauan dan 
iii. penilaian. 

Proses penyeliaan pengajaran guru dilihat lebih seseuai menngunakan pendekatan Penyeliaan Klinikal kerana pencerapan perlu dibuat berdasarkan prinsip professional, iaitu dijalankan secara terancang, berjadual dan guru yang terlibat perlu dimaklumkan terlebih awal tentang butir-butir dan tujuan pencerapan diadakan. 

Selain daripada penyeliaan klinikal, penyelia juga melakukan coaching and mentoring. Sebagai mentor, penyelia berperanan memberi bantuan profesional, contohnya menjadi sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran, 

Hasil pencerapan, pemantauan dan penilaian perlu direkodkan ke dalam jurnal atau buku log bagi tujuan dokumentasi dan rujukan dalam pengurusan penyeliaan. 

3. Kesimpulan


Kesimpulannya bahawa penyeliaan merupakan proses memerhati dan memantau supaya staf dapat dibimbing, dibantu agar  imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah peningkatan kemahiran pedagogi serta peningkatan kualiti profesionalisme keguruan . Seterusnya dapatlah dirumuskan bahawa guru besar merupakan kunci utama kualiti pengajaran guru-guru di sekolahnya. Tinggi atau rendah kualiti pengajaran seseorang guru adalah dipengaruhi oleh faktor amalan penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Oleh itu seharusnya semua guru besar sentiasa menggunakan kaedah penyeliaan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi kerja guru di sekolah.

BIBLIOGRAFI

Shukri Zain, (2011). Penyeliaan pendidikan: Teori dan amalan. Tanjung Malim:Emeritus Publications

No comments: