9 BIDANG TUGAS UTAMA GURU BESAR
1. Pengurusan
dan Kepimpinan Organisasi2. Pengurusan
Kurikulum3. Pengurusan
Ko Kurikulum4. Pengurusan
Hal Ehwal Murid5. Pengurusan
Kewangan6. Pengurusan
Pentadbiran Pejabat7. Pengurusan
Persekitaran dan Kemudahan Fizikal8. Pengurusan
dan Pembangunan Sumber Manusia9. Pengurusan
Perhubungan Luar
1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung
dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan
guru di sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala
prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah
kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan
segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan
di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan
prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan,
pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan
pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam
jawatan.
5. Mengambil
langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan
di sekolahnya.
6. Mewujudkan
struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas
kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan
senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan
menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
9. Menyediakan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan
Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan
permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut
syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
14. Menjadi
pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15.
Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang
melibatkan guru dan kakitangan.
2. Pengurusan Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,
berkesan dan mengikut perancangan.
2. Memastikan
pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan
memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan
dengan sempurna.
4. Menentukan mata
pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru
yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan
panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan
mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan
beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha
untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan
kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap
perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue
Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.
10. Mengajar
sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan bagi Guru Besar.
3. Pengurusan Kokurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan
dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.
2. Menentukan
bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan
sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan
bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan
dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.
4. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya
berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan
menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk
dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan
sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik
dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.
4. Menentukan
perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga
Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin
keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang
berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:-
(Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan,
riadah dan sistem mentor mentee).
5. Pengurusan Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan
menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan
oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan
segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan
menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak
sekolah.
5. Mengurus dan
menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain
bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan
menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama
serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan
menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah
secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan
segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang
diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi
Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan
buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan
kemas kini.
11. Memperakukan
segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan
sebagainya.
12. Memastikan
bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut
peraturan yang ada.
13. Menjadi
Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa
semuanya itu berjalan lancar.
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat:
1. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur
dan sempurna.
2. Merancang dan
memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu
berjalan dengan lancar.
3. Memastikan
bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
7. Pengurusan persekitaran
dan kemudahan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan
perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil
langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari
semasa ke semasa.
3. Merancang dan
menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di
sekolah.
4. Merancang
pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan
pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.
8. Pengurusan Pembangunan
Sumber Manusia:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan
guru untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in
house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan
ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala
galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang
lebih tinggi.
9. Pengurusan Perhubungan Luar:.
1. Menjadi
Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan
dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
3. Menghadiri
mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri,
Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
3. Bekerjasama dengan
organisasi yang mempunyai kaitan dengan sekolah
No comments:
Post a Comment