1. KOMITMEN GURU
Antara komitmen
guru yang perlu diberikan perhatian ialah :
1. Panduan Perkhidmatan Cemerlang dan Tatasusila
Profesion Perguruan hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru
2. Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan
objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut
3. Guru adalah satu profesion dan berusaha
menjaga imejnya.
4. Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab
dengan penuh keikhlasan,kejujuran dan bertanggungjawab.
5. Anggaplah pelajar-pelajar yang diajar dan
dididik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH yang masa depan mereka
dipertanggungjawabkan kepada guru.
6. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej
kepimpinan dinamis dan kecekapan menjalankan tugas.
7. Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan
dengan tatasusila profesion perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah,
penyelewengan, cuai dan sebagainya.
8. Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik
sekolah dengan sedia bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan
luar sekolah.
2. WAKTU
HADIR BERTUGAS
1. Guru bertanggungjawab hadir disekolah 30
minit sebelum waktu persekolahan bermula.
2. Guru bertanggungjawab menandatangani buku
kehadiran guru semasa datang dan semasa balik.
3. KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS
1. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu seperti arahan
daripada PPD / JPN atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.
2. Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas
hendaklah memaklumkan sendiri kepada Guru besar/wakilnya untuk mendapatkan
kebenaran.
3. Setelah mendapat kebenaran, guru perlu
mengisi maklumat dalam Borang Pemohonan Keluar Dalam Waktu Bertugas untuk
pengesahan dan rekod Guru besar / wakilnya. Surat sokongan seperti surat
panggilan mesyuarat mestilah disertakan (jika ada).
4. URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS
1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan
mematuhi arahan-arahan / pekeliling-pekeliling berkaitan kebenaran berbagai
jenis cuti dan tidak hadir bertugas.
2. Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil
cuti rehat 7 hari dengan syarat pemohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih
awal dengan mengemukakan borang pemohonan cuti rehat dan mendapat kebenaran guru
besar/wakilnya.
3. Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di
hospital / klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik / hospital
kerajaan / swasta kepada guru besar / wakilnya.
4. Jika tidak dapat hadir bertugas atas
sebab-sebab kecemasan, guru mesti menghubungi sendiri guru besar / wakilnya
melalui telefon dengan segera antara 7.00 pagi hingga 7.20 pagi.
5. Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu
mengemukakan surat kebenaran cuti tanpa rekod dari pihak yang memberikan cuti
itu untuk pengesahan guru besar / wakilnya dan mengemukakan borang cuti tanpa
rekod yang telah dilengkapkan. Pemohonan ini akan dimajukan kepada Jabatan
Pendidikan Johor untuk kelulusan / pengesahan. [ Cuti Tanpa Rekod akan
diluluskan oleh Jabatan Pendidikan ]
6. Bagi guru wanita yang akan cuti bersalin,
perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang kemaskini bagi tujuan rekod dan
rujukan perkhidmatan.
5. PAKAIAN DAN PERSONALITI
1. Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas
mengikut peraturan yang ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/850) serta
melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa
bertugas disekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah.
3. Memakai pakaian sukan atau baju-T tidak
dibenarkan semasa mengajar di kelas, mesyuarat sekolah dan majlis rasmi
sekolah.
4. Guru lelaki mestilah memakai tali leher
sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran
PJK dan di bengkel.
5. Pakaian dan personaliti guru termasuk rambut
hendaklah sentiasa keadaan kemas supaya menjadi contoh yang baik kepada
pelajar.
6. Pada hari Jumaat, guru lelaki Islam
digalakkan memakai pakaian kebangsaan lengkap.
6. URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
1. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan
maklumat-maklumat perkhid-matan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir
(Perkhidmatan Dan Penjawatan ) yang meliputi aspek pelantikan, kursus induksi,
pengesahan jawatan pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya.
2. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan
maklumat-maklumat perkhid-matan dan perjawatan dalam Sistem Maklumat Pengurusan
Pendidikan (SSMP/EMIS) dan Sistem Maklumat Staf (SMS)
7. BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR
1. Buku Rekod Mengajar adalah penting berkaitan
dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.
2. Maklumat-maklumat dalam Buku Rekod Mengajar
hendaklah dikemaskinikan dari semasa ke semasa yang meliputi :
- · Butiran diri
- · Jadual waktu persendirian / kelas
- · Sukatan pelajaran
- · Rancangan pelajaran tahunan, dan harian.
- · ujian / peperiksaan
- · Soalan ujian / peperiksaan.
- · Maklumat lain yang perlu.
3. Buku Rekod Mengajar mesti dihantar ke pejabat
sekolah untuk penyeliaan guru besar / wakilnya pada setiap hari Jumaat sebelum
/ pada 11.30 tengah hari.
4. Buku Rekod Mengajar akan digunakan untuk
tujuan rekod dan pencerapan pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.
5. Buku Rekod Mengajar wajib diserahkan kepada guru
besar / wakilnya pada hari terakhir persekolahan untuk tujuan rekod, simpanan
dan pamantauan ( jika ada ).
8. PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau
harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut
peraturan-peraturan semasa menggunakannya di sekolah.
2. Penggunaan / pinjaman alatan / harta benda
sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan
pinjaman / penggunaan / pulangan hendaklah direkodkan.
3. Alatan / harta benda sekolah yang dipinjam /
diguna hendaklah dipulangkan dengan segera.
4. Guru mesti memaklum dan mengganti / membaiki
kerosakan alatan / harta benda sekolah yang dipinjam / digunakan.
5. Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah
alatan / harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi.
9. MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT
1. Guru wajib menghadiri taklimat / mesyuarat
yang diadakan oleh Guru besar / wakilnya / jawatankuasa-jawatankuasa
diperingkat sekolah.
2. Jika tidak dapat menghadiri taklimat /
mesyuarat atas sebab tertentu, guru perlu memberitahu Guru besar dengan
mengemukakan alasan bertulis.
3. Semua mesyuarat diperingkat sekolah hendaklah
dijalankan secara profesional dan teratur.
10. WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan
melaksanakan arahan-arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri
dan PPD berkaitan jadual waktu.
2. Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau
di tempat mengajar seperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja
lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar dan sebagainya dalam masa
pengajaran dan pembelajaran.
4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid
kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti dipanggil oleh Guru besar.
5. Guru bertanggungjawab memastikan dan
mendapatkan maklumat kehadiran semua pelajar sebelum memulakan pengajaran dan
pem-belajaran di kelas.
6. Guru bertanggungjawab memastikan pelajar
tidak keluar dari kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan kecuali
atas sebab-sebab yang penting.
7. Keselamatan pelajar dalam waktu pengajaran
dan pembelajaran adalah tanggungjawab guru.
8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang
(free period) adalah masa bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul
seperti memeriksa buku latihan pelajar.
9. Loceng akan berbunyi mengikut waktu yang
ditetapkan.
11. JADUAL GURU GANTI ( RELIEF )
1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan
berada di kelas sebagaimana diarahkan Guru besar / wakilnya.
2. Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja /
mengajar dan menjalankan proses P&P jika bertugas di kelas yang guru
berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran.
3. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi
menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan
tersebut. Proses P&P hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar.
12. SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN
1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan
melaksanakan arahan-arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri dan PPD.
2. Surat arahan / salinannya yang diberikan
kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya.Urusan
surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat menyurat
sekolah.
3. Apabila diarah melaksanakan sesuatu tugas,
guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas tersebut. Guru yang terlibat tidak
dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak
dirinya.
4. Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada
orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh
pihak yang menggantikannya, Guru besar / wakilnya hendaklah diberitahu secara
bertulis.
5. Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri
tugas-tugas yang diper-tanggungjawabkan kepadanya oleh guru besar seperti
memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya.
6. Guru bertanggungjawab melaksanakan
tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru besar dengan betul, sempurna, mengikut
peraturan dan menepati waktu.
13. PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU
PELAJAR
1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan
melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD
berkaitan dengan pencerapan P&P dan penyeliaan buku pelajar.
2. Pencerapan dan penyeliaan dilaksanakan oleh Guru
besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM . GPK Kokurikulum dan Ketua
Panitia.
3. Pencerapan P&P akan dilaksanakan mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
4. Penyeliaan buku latihan pelajar dibuat secara
berjadual. Guru diminta menyerahkan buku pelajar pada masa ditetapkan kepada
GPK dengan menyerahkan Borang Penyerahan Buku Pelajar.
14. PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR
Guru kelas bertanggungjawab:
- Merekodkan kemasukan dan semua butiran pelajar dalam Buku Pendaftaran Sekolah dan Register kelas.
- Menyemak semua dokumen pelajar dan maklumat yuran disertakan dari sekolah asal. Kemukakan surat kepada guru besar sekolah asal melalui guru besar sekolah jika dokumen dan maklumat yuran tidak disertakan / tidak lengkap.
- ·Guru kelas perlu memastikan maklumat peperiksaan jika pelajar berada di tahun 6. Maklumkan setiausaha peperiksaan 1 untuk tindakan selanjutnya.
15. PENDAFTARAN KELUAR / PERTUKARAN PELAJAR
Guru kelas bertanggungjawab memastikan bahawa:
- ·Pengesahan pertukaran hanya diterima atas permintaan ibu bapa / penjaga yang datang sendiri membuat permohonan ke sekolah.
- Guru kelas hendaklah menyediakan dokumen pertukaran, dokumen-dokumen pelajar, maklumat bayaran yuran dan maklumat peperiksaan .
- ·Guru kelas hendaklah memastikan semua buku teks dipulangkan atau kehilangan / kerosakan buku teks diganti sebelum menyerahkan perkara b) di atas.
- ·Guru kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran pelajar kepada setiausaha peperiksaan dan guru SPBT bagi diambil tindak ikut selanjutnya jka terdapat perkara-perkara yang belum selesai.
1. Melaksanakan arahan guru besar / wakilnya
dari semasa ke semasa ber-hubung kemasukan pertukaran pelajar.
2. Semasa borang pemohonan pertukaran dan
kemasukan pelajar mesti disahkan / di tandatangani oleh Guru besar.
16. BILIK DARJAH / KELAS
1. Sebelum memulakan pengajaran, guru
bertanggungjawab menentukan dahulu bilik darjah bersih dan ceria dengan kerusi
meja pelajar tersusun rapi.
2. Guru waktu terakhir bertanggungjawab
memastikan pintu bilik darjah ditutup selepas tamat waktu persekolahan.
17. ORANG LUAR BERJUMPA GURU
1. Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan
berjumpa guru dan pelajar tanpa mendapat kebenaran Guru besar.
2. Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang
hendak berjumpa guru atau pelajar mendapat kebenaran Guru besar terlebih dahulu
jika kebenaran belum diperolehi.
3. Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga
dilarang berjumpa guru atau pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
18. MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR.
1. Guru wajib menyemak dan memeriksa buku
pelajar selepas memberi nota, latihan dan tugasan bagi memastikan pelajar
membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengan
segera
2. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan,
tarikh, markah / gred / kata-kata perangsang / nasihat atau komen.
3. Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat
pembetulan kepada kesalahan yang dlakukan dan hendaklah disemak oleh guru.
4. Guru tudak dibenarkan menyuruh pelajar
menghantar buku untuk tujuan semakan pada waktu P&P . Minta pelajar
menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat persekolahan hari berkenaan.
19. UJIAN DAN PEPERIKSAAN
1. Ujian dan peperiksaan hendaklah diadakan
mengikut jadual dan jangka masa yang ditetapkan.
2. Soalan yang telah siap dibahagikann mengikut
kelas-kelas hendaklah dihantar kepada unit peperiksaan untuk disimpan 2 hari
sebelum ujian / peperiksaan.
3. Unit peperiksaan bertanggungjawab mengagihkan
kertas soalan tersebut kepada guru pada hari peperiksaan.
4. Bagi peperiksaan setengah tahun dan akhir
tahun format soalan dan masa hendaklah selaras dengan format UPSR sebenar.
5. Guru subjek hendaklah memeriksa dan markah
hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan mengikut tarikh yang ditetapkan.
6. Guru kelas hendaklah memproses dan menganalisis
markah serta keputusan.
7. Guru peperiksaan hendak menganalisis
keseluruhan keputusan ujian dan peperiksaan dan menyerahkan kepada Guru besar.
20. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
1. Semua guru diwajibkan hadir perhimpunan rasmi
sekolah.
2. Perhimpunan rasmi sekolah di adakan pada
setiap hari Isnin 7.00 pagi hingga 7.30 pagi di tapak perhimpunan.
3. Guru bertugas pada minggu tersebut
bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
4. Guru bertugas minggu lepas hendaklah
memberikan laporannya semasa perhimpunan.
5. Perhimpunan rasmi kokurikulum diadakan pada
hari Rabu. Semua guru diwajibkan hadir. Perhimpunan ini dikendalikan oleh
murid. Murid dikehendaki memakai pakaian unit uniform masing-masing.
No comments:
Post a Comment