Monday, 4 May 2015

Kepentingan Multimedia Dalam Pendidikan

1.0      Pengenalan
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah mula diperkenalkan kerana ianya dilihat sebagai satu kaedah pengajaran yang berkesan dan mampu menarik minat pelajar serta dapat memberikan impak yang tinggi dari segi  kemahiran dan kreativiti  guru dan pelajar.


2.0      Multimedia
  • Istilah Multimedia merupakan istilah yang menjadi trend dalam era teknologi maklumat IT (Information Technology). 
  • Perkataan Multi bermaksud banyak atau “Pelbagai “ dan Media bermaksud perantara dalam berkomunikasi. 
  • Menggunakan Multimedia bermaksud menggunakan pelbagai media samaada visual atau auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan komputer. 
  •   Multimedia berkomputer adalah gabungan teks, gambar, bunyi, animasi dan video. Ciri gabungan inilah yang memberikan bentuk bersepadu yang lebih berkesan berbanding mana-mana media tunggal. 
  • Multimedia telah menukar gaya pembacaan kita daripada menghadkan kita kepada persembahan linear seperti dalam buku teks, surat khabar multimedia menjadikan bacaan lebih dinamik dengan mengembangkan teks dalam sesuatu topik tertentu. 
  • Malah pembacaan lebih seronok dengan pengintergrasian bunyi, muzik, gambar dan video menjadikan teks lebih bermaya.


3.0     Faedah Dan Impak Multimedia Kepada Pendidikan.

Penyebarluasan penggunaan multimedia membawa harapan bahawa penggunaan teknologi ini akan digunakan secara meluas di dalam bilik darjah. Guru atau pendidik mengiktiraf dan menggunakan kaedah ini kerana kekuatan dan faedah yang ditawarkan.

3.1    Keupayaan unik sistem multimedia.
Sistem multimedia menawarkan keupayaan teknologi yang paling berkuasa termasuk motivasi, keanjalan,pembangunan kemahiran pemikiran yang kreatif dan kritikal dan menambahbaikkan kemahiran menulis. Dengan intergrasi system multimedia dalam pengajaran, ia menjdi efektif. Tutorial interaktif dengan pilihan yang sesuai berdasarkan kepada tahap kemasukan pelajar.Pengajaran simulasi computer dapat dijalankan tanpa membahayakan diri seseorang. Realiti maya, latihan eksperimen 3D boleh di simulasi seolah-olah dalam keadaan sebenar. Pengajaran internet seperti World Wide Web dengan ciri-ciri hiperteks membolehkan ia menjalankan penyelidikan dan pembangunan projek multimedia.

3.2     Memberi Motivasi.
Program Hipermedia multimedia menawarkan pelbagai pilihan yang membolehkan ramai orang suka menggunakannya. Ciri-ciri hipermedia ini dilihat sebagai mempunyai keupayaan menggalakkan pelajar menjadi pelajar yang proaktif.

3.3    Keanjalan.
Program multimedia mengintergrasikan pelbagai alatan yang membolehkan pelajar cemerlang seperti yang dikatakan oleh (Gardner) sebagai “Kecerdikan” misalnya pelajar yang tidak pandai dalam ekspresi dalam penulisan tetapi mempunyai ciri-ciri visual boleh mendokumentasikan benda dengan bunyi atau gambar.

3.4     Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal.
Akses hiperteks dan hypermedia membuka kekreatifan pelajar dan guru. Marchionini (1998) merujuk hypermedia sebagai suasana yang cair yang memerlukan pelajar secara konsisten membuat keputusan dan menilai pencapaian mereka. Dan kaedah ini memerlukan pelajar menggunakan kemahiran tahap tinggi. Turner dan Dipinto (1992) dalam Rozinah Jamaludin (2005) melaporkan bahawa suasana hypermedia menggalakkan pelajar berfikir dalam konteks metaphor, dan member kebebasan kepada imaginasi mereka.

3.5     Menambahbaik Penulisan dan Kemahiran Proses
Turner dan Dipinto (1992) dalam  Rozinah Jamaludin (2005) mendapati pendedahan kepada alat pengarangan multimedia membantu pelajar dengan memberi perspektif yang baru dan berlainan bagaimana untuk mengorganisasi dan mempersembahkan maklumat ke dalam bentuk penulisan. Daripada melihat penulisan sebagai satu aliran teks, pelajar dapat melihat teks sebagai kumpulan maklumat yang berkaitan di antara satui sama lain.


4.0           Kesimpulan

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami reformasi pendidikan yang dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam system pendidikan di samping untuk memenuhi keperluan-keperluan semasa dan kehendak masa depan. Multimedia interaktif  jelas sebagai program pengajaran yang melibatkan pelbagai sumber yang dihubungkan dengan pengajaran melalui komputer dalam satu sistem. Dengan adanya multimedia interaktif, seseorang pelajar boleh berinteraksi secara fizikal dan mental dengan media, seterusnya pencapaian akademik   turut meningkat. Pembaharuan dalam sistem pendidikan ini selaras dengan pernyataan bahawa media telah mendominasi kehidupan kita seharian di mana kita dikelilingi pelbagai media seperti buku, majalah, filem, televisyen, permainan komputer dan juga internet. Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru membantu pelajarnya menjadi pengguna yang kritis terhadap sumber media yang pelbagai .

Bibliografi

Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS Publication.   
        Bentong

Rozinah Jamaludin(2005) Multimedia dalam Pendidikan Kuala Lumpur, Utusan Publications &
         Distributions Sdn Bhd.


No comments: