Thursday, 14 May 2015

Polisi Sekolah Selamat


1.1.  Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2.  Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal pelajar.


2.        MATLAMAT

          Mewujudkan budaya selamat di dalam kawasan  sekolah secara berterusan dengan         kerjasama semua warga sekolah dan sokongan daripada keluarga       khasnya dan masyrakat umunya


3.        OBJEKTIF

3.1   Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan sekolah.

3.2   Memastikan hak individu/warga SK LAHAD DATU IV selamat,dihormati dan dijaga.

3.3   Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
.
3.4   Memastikan tatacara dipatuhi bagi setiap tindakan yang diambil.

3.5   Meningkatkan penglibatan warga SK LAHAD DATU IV dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan aktiviti lain.

3.6   Meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga SK LAHAD DATU IV bagi menghadapi
sebarang isu Keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.

3.7   Mewujudkan semangat sepunya dalam  kalangan warga SK LAHAD DATU IV
 
       
4.           ASPEK KESELAMATAN

4.1      Keselamatan diri warga sekolah

4.2      Keselamatan fizikal sekolah  

4.3      Keselamatan emosi.

4.4      Keselamatan sosial.

4.5      Keselamatan kesihatan




5.             MANDAT KESELAMATAN DI SEKOLAH
   
A.  Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/1995 -Tatacara  mengenakan tindakan & hukuman             
    terhadap pelajar sekolah.

B.  Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 4/199 - Perlaksanaan kuasa disiplin & hukuman di
      Sekolah.

C.  Surat Pekeliling Iktisas bil: 16/1998 - Menangani kegiatan gengster di sekolah.

D.  Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 18/1998 - Penggunaan budi bicara ketika mengambil
      tindakan.


6.           TINDAKAN PELAJAR

A. Patuh kepada arahan guru pada setiap masa

B. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.

C. Mengamalkan kebersihan dan keselamatan fizikal kelas.


7.           TINDAKAN GURU/PENTADBIR

A. Menjelaskan kepada pelajar tentang peraturan keselamatan.

B. Menguatkan peraturan keselamatan sekolah

C. Mengambil tindakan segara di atas sebarang salahlaku pelajar.

D. Memastikan keadaan kelas sentaiasa kemas, bersih  dan teratur.

E. Memastikan inventori kelas dalam keadaan selamat


8.         POLISI KESELAMATAN SEKOLAH

          8.1     KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM

a.     Kawalan keselamatan 24 jam diadakan setiap hari dan sekurang-kurangnya seorang pengawal akan bertugas di pondok pengawal mengawasi pintu pagar keluar masuk untuk keselamatan warga sekolah

b.     Pengawal memastikan setiap pelawat melaporkan diri sebelum memasuki kawasan sekolah.

c.     Pihak pengawal keselamatan ditugaskan untuk membuat rondaan dari semasa ke semasa di sekitar kawasan sekolah untuk menjaga keselamatan dan mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku dan melaporkan sebarang kes luar biasa dengan segera  kepada pihak pentadbir .

d.     Semasa bertugas, pengawal mesti menguncikan Peti Jam Keselamatan yang diletakkan di tempat-tempat tertentu setiap kali mereka membuat rondaan.

e.     Setiap Pengawal mesti merekod kejadian yang  berlaku semasa mereka bertugas.

f.      Buku Laporan Pengawal harus dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak pada tiap-tiap pagi.



8.2  KESELAMATAN BERKAITAN DISIPLIN PELAJAR


a.       Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut tanpa  sebarang sebab munasabah hendaklah diberitahu kepada ibu bapa serta dihantar surat amaran pertama  oleh Guru Kelas.

b.       Kes ponteng kelas dan kes-kes pelanggaran disiplin  ringan hendaklah terlebih dahulu diambil tindakan oleh guru mata pelajaran. Hanya kes berat barulah diserahkan kepada Guru Besar.

c.       Guru yang sedang mengajar hendaklah juga memastikan setiap perkembangan masalah disiplin dicatat dalam Pulangan Harian dan Guru Kelas hendaklah mengingatkan Ketua Darjah untuk  menghantar Buku Catatan Harian ke Bilik PK HEM bagi  tujuan pengrekodan. Pengrekodan di dalam kad demerit dilakukan oleh Guru Kelas dan murid-murid dimaklumkan setiap 2 minggu.

d.       Lembaga Disiplin Sekolah  hendaklah bertindak segera jika ada laporan khas tentang masalah disiplin pelajar.

e.       Memberi nasihat dan peringatan tentang disipilin dari semasa ke semasa kepada pelajar.


  
8.3          KESELAMATAN BILA TIADA GURU DI DALAM KELAS

Menggalak pelajar untuk menelaah pelajaran atau menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan semasa ketiadaan guru di dalam kelas dan sentiasa mematuhi peraturan dalam kelas yang terkandung di dalam peraturan sekolah.

Tindakan Pelajar:


a.   Pelajar digalakkan menelaah buku dan nota.
b.   Ketua Kelas mencatatkan dan melapor nama pelajar yang menimbulkan masalah di dalam kelas.
c.   Ketua Kelas bertanggungjawab memanggil guru mata pelajaran.
d.   Sekirnya guru tersebut tiada di dalam kelas, Ketua Kelas dan penolong Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan kelas terkawal dan selamat.

 Tindakan Sekolah:

a.     Guru yang akan menghadiri kursus  mestilah menyediakan latihan untuk kelas dan diserah untuk  direkodkan kepada Penolong Kanan 1.  Latihan akan diserahkan kepada kelas  semasa ketiadaan guru tersebut.
b.     Menyediakan Jadual Relief  untuk guru ganti.
c.     Memantau dan memastikan kelas tersebut sentiasa terkawal dan selamat

  
8.4      TATACARA MENANGANI DISIPLIN DI DALAM KELAS

a.   Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut tanpa sebarang sebab munasabah hendaklah diberitahu kepada ibu bapa serta dihantar   surat amaran pertama  oleh Guru Kelas.

b.   Kes ponteng kelas dan kes pelanggaran disiplin ringan hendaklah diambil tindakan terlebih dahulu oleh Guru Kelas sebelum menyerahkan kes tersebut kepada PK HEM.

c.   Kes disiplin berat hendaklah dilaporkan kepada PENTADBIR SEKOLAH secepat mungkin untuk tindakan segera.


8.5       POLISI DAN TATACARA TINDAKAN  JAWATANKUASA KANTIN

          8.5.1    Merujuk kepada:

a.     Surat pekeliling ikhtisas bil : 5/ 1995 - Keracunan makanan di sekolah-sekolah.
b.     Surat pekeliling ikhtisas bil : 6/ 19968Menjaga kesihatan pelajar sekolah.

          8.5.2   Tindakan Jawatankuasa Kantin

Memantau dan memastikan pengusaha kantin  mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian  Pendidikan dan Kesihatan.

a.     Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian hendaklah dipamerkan
b.     Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan             penyepit untuk mengambil makanan.
c.     Memastikan pengusaha menuediakan keadaan dan persekitaran dalamam dan luar kantin yang  bersih, kemas dan ceria.
d.     Memastikan pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad     
kesihatan yang sah.
e.     Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.
f.      Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
g.     Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa.
h.     Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
i.       Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari 
semasa ke semasa.
j.       Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih 
       seperti alas kepala, apron dan lain-lain.
k.     Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH.
l.       Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.

8.5.3  Peraturan Di Kantin
         
   Mematuhi peraturan am di kawasan sekolah.
a.     Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di  luar kantin.
b.     Pelajar digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat umum dan bukan di dalam     
bilik  kelas.
c.     Pelajar beratur, tertib dan mengamalkan displin diri yang tinggi ketika membeli makanan 
dan minuman di kantin.
d.     Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.
e.     Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum.


8.6     TATACARA TINDAKAN SEMASA DI DALAM TANDAS

          8.6.1  Tindakan semua pengguna tandas:

a.     Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam tandas.
b.     Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.
c.     Curahkan tandas selepas digunakan.
d.     Cuci tangan sebelum keluar tandas.
e.     Jangan bergurau dan merokok di dalam tandas
f.      Jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
g.     Bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.

          8.6.2  Tatacara Tindakan Pihak Pengurusan Tandas

  
a.   Menentukan pekerja kontrak menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang ditetapkan.
b.   Memastikan tandas dan singki sentiasa bersih, tidak berbau dan tersumbat.
c.   Memastikan takungan air sentiasa ditutup , bersih dan bebas daripada  pembiakan 
nyamuk.
d.   Memastikan lantai dicuci dengan sabun dan dimop supaya sentiasa bersih dan tidak   licin.
e.   Memastikan sampah yang terdapat di dalam tandas dibuang ke tempat yang disediakan.


8.7    TATACARA TINDAKAN DI LUAR KELAS

Tindakan Pelajar:
a.          Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
b.          Sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni seperti memberi salam , menghormati  guru 
dan orang lain, bersopan-santun, menepati masa dll.
c.           Tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
d.          Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan  sekolah semasa waktu 
pembelajaran.
e.          Tidak melepak, berdua-duan dan makan di setiap tangga blok.
f.            Tidak merokok.
g.          Tidak membuli dan memeras ugut pelajar lain.
h.          Tidak menggunakan kata-kata  kesat, menghina, mengejek dan merendahkan orang 
lain.
i.             Tidak makan di kantin semasa waktu pembelajaran sedang berjalan.
j.            Tidak merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
k.           Tidak berada di kawasan larangan seperti blok  asrama, rumah kediaman guru dan  
bengkel.
l.             Melaporkan kepada guru atau pihak pentadbir sekiranya  ada sebarang salahlaku disiplin pelajar di kawasan sekolah.


8.8     KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN PELAWAT

a.       Setiap pelawat ke sekolah mesti melaporkan diri di pondok pengawal dan meninggalkan  kad pengenalan sebelum masuk ke kawasan sekolah.
b.       Pelawat mesti menulis nama dan tujuan lawatan  di dalam  buku rekod pelawat di pondok pemgawal.
c.       Pelawat yang hendak berurusan dengan pelajar hendaklah mendaptkan kebenaran dari pihak pentadbir atau guru.


8.9     PERATURAN PEJABAT AM
a.     Pelawat melaporkan diri di pejabat dahulu sebelum menemui guru/pelajar. (Ibu bapa yang hendak membawa anaknya pulang mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ PK 1 / PK HEM/PK P)
b.     Pegawai atau pekerja yang ada meminjam sebarang harta sekolah dikehendaki merekodkan butir-butir pinjaman melalui pegawai berkenaan dan memulangkan harta sekolah pada tarikh yang ditetapkan.
c.     Segala dokumen seperti fail dan dokumen pejabat tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran.
d.     Kipas, lampu, radio, komputer, sistem siaraya dan semua peralatan elektrik termasuk pintu hendaklah ditutup sebelum meninggalkan pejabat.
e.     Pelawat hendaklah dilayan dengan cekap dan mesra.
f.      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa sebarang urusan mustahak.
g.     Pelawat termasuk guru, pekerja dan pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran pegawai di kaunter untuk  berjumpa Guru Besar/ PK1/ PK HEM/PK P.


8.10   TINDAKAN GURU /PIHAK PENTADBIR SEMASA BENCANA / KEBAKARAN

a.     Memberi arahan kepada pelajar untuk keluar mengikut tangga yang selamat
b.     Mengawal keselamatan dan disiplin pelajar.
c.     Tidak membenarkan pelajar masuk semula  ke kawasan kebakaran
d.     Mengambil kehadiran  pelajar mengikut kelas /  kumpulan masing-masing.
e.     Melaporkan kepada Guru Besar /pihak pentadbir tentang  kehadiran pelajar dan kejadian.
f.      Mengesan pelajar yang tidak dalam kumpulan.
g.     Menghubungi  pihak bomba dan memberi laporan tentang kejadian supaya lebih mudah bagi mereka bertindak.

8.11    KESELAMATAN SEMASA AKTIVITI KECERAIAN DAN KERJA KUMPULAN

Tindakan pelajar:

a.     Mematuhi peraturan am sekolah.
b.     Sentiasa mematuhi arahan guru.
c.     Mengutanmakan keselamatan semasa menggunakan peralatan.
d.     Mengambil peralatan dari setor dan memulangkan semua peralatan yang telah  digunakan setelah habis bekerja.
e.     Tidak  bermain dan bergurau semasa menggunakan peralatan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.

Tindakan guru


a.     Mengagihkan tugas dan merekodkan kehadiran  pelajar.
b.     Memastikan peralatan  selamat untuk digunakan.
c.     Meronda dan memastikan aktiviti dijalankan dengan sempurna.
d.     Bertindak segera sekiranya berlaku  kecemasan, kecederaan atau kemalangan.
e.     Memastikan semua peralatan  dikembalikan ke dalam setor.



8.12         PERATURAN BILIK GURU

a.     Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilis guru tanpa kebenaran.
b.     Pelajar mesti sentiasa bersopan santun semasa di bilik guru.
c.     Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
d.     Pelawat/Ibu bapa hendaklah dilayan dengan hormat, cepat dan mesra.
e.     Semua guru hendaklah bekerjasama menjaga keadaan bilik guru supaya sentiasa bersih, kemas dan ceria.
f.      AJK bilik guru perlu menentukan papan notis sentiasa  kemas dan notis-notis lama diturunkan.
g.     Guru  mempastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan  sebelum meninggalkan bilik guru.


8.13         POLISI KESELAMATAN PENGGUNAAN  TANGGA

Tatacara Tindakan Pelajar

a.       Pelajar harus beratur semasa menggunakan tangga.
b.       Tidak tergesa-gesa / bertolak-tolak semasa menggunakan tangga.
c.       Jangan jadikan tangga tempat untuk berkumpul atau bergurau.
d.       Jangan makan dan membuang sampah di atas tangga.
e.       Elakkan kasut yang tidak sesuai dan boleh membahayakan.
f.        Mematuhi arahan pengawas yang bertugas di tangga semasa kecemasan


Tatacara Tindakan  / Guru / Pihak Pengurusan

a.     Memastikan tidak ada sebarang halangan di tangga.
b.     Membaiki pemegang tangga yang rosak dan berkarat.
c.     Memastikan tangga dalam keadaan kering dan selamat
d.     Memastikan lampu sentiasa dipasang di tangga pada waktu malam dan cuaca gelap.
e.     Menyediakan  amaran bahaya & peringatan penggunaan tangga.
f.      Mendenda pelajar yang tidak mematuhi peraturan tangga.
g.     Mengaturkan pengawas bertugas di kawasan tangga.
h.     Memberikan bantuan segera apabila berlaku kemalangan di tangga.



9.           POLISI  KESELAMATAN DI BILIK-BILIK KHAS


9.1       Peraturan Keselamatan Di  Makmal Sains

a.     Semua makmal ada pemadam api dan peti  kecemasan.
b.     Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal  tanpa guru.
c.     Pelajar mesti beratur dan senyap semasa masuk ke makmal.
d.     Pelajar sentiasa mematuhi peraturan am makmal serta arahan guru.
e.     Pelajar tidak  bising dan bermain dalam makmal.
f.      Pelajar tidak  menjalankan sesuatu aktiviti atau uji kaji tanpa  kebenaran guru. 
g.     Pelajar tidak memasang kipas semasa menjalankan eksperimen khususnya eksperimen yang melibatkan penggunaan penunu Bunsen.
h.     Pelajar yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang bertudung mestilah   dipinkan kepada baju supaya tidak ditiup angin.
i.       Pelajar tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.
j.       Baca label pada botol bahan uji dengan teliti sebelum memulakan eksperimen. 
k.     Pelajar tidak membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga elektrik.
l.       Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada guru dengan segera.
m.   Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan  letakkan pada tempat asal.
n.     Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.
o.     Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan  bangku di atas meja serta tutup semua suis elektrik dan paip air sebelum meninggalkan makmal.

9.2       Peraturan Keselamatan Di Bilik Pendidikan Seni

a.     Peraturan am hendaklah dipatuhi.
b.     Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
c.     Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan tanpa kebenaran dan pengawasan guru.
d.     Peralatan  hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
e.     Peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun  dan diletakkan di tempat asal.
f.      Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan tanpa kebenaran guru.
g.     Pastikan keadaan di dalam bilik bersih, kemas dan  teratur serta semua suis elektrik dimatikan sebelum keluar.
h.     Pastikan pintu dikunci sebelum balik.

9.3     Polisi  Keselamatan  Dan  Tatacara Tindakan  Di  Bilik  Komputer
           
a.     Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.
b.     Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru
c.     pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan  dan minuman.
d.     Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta  melakukan aktiviti tanpa kebenaran guru.
e.     Pelajar hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang disediakan.
f.      Pastikan disket bebas dari virus.
g.     Tutup komputer dengan tatacara yang betul.
h.     Pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih.
i.       Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril  ditutup dan dikunci sebelum balik.

9.4     Polisi  Keselamatan  Dan Tatacara  Tindakan  Di  Bilik  APD

a.     Pelajar tidak  dibenarkan masuk tanpa guru.
b.     Peraturan am sekolah dan arahan guru hendaklah sentiasa dipatuhi.
c.     Relajar hendaklah sentiasa senyap dan tertib.
d.     Pelajar  tidak dibenarkan mengganggu dan mengusik peralatan di bilik APD.
e.     Pelajar  tidak dibenarkan membawa peralatan di bilik APD keluar.
f.      Memastikan bilik sentiasa bersih, kemas dan teratur  sebelum keluar.
g.     Memastikan semua suis elektrik, tingkap, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik.


9.5         Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Perpustakaan.

        Tindakan Pelajar.
a.     Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
b.     Pelajar tidak dibenarkan masuk sekiranya tiada guru, pembantu tadbir atau perpustakawan.
c.     Pelajar  sentiasa berpakaian kemas dan sopan.
d.     Pelajar  tidak dibenarkan membawa sebarang buku masuk kecuali mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
e.     Pelajar  menyerahkan semua bahan bacaan kepada pengawas/pustakawan untuk pemeriksaan.
f.      Alas kaki hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.


9.6    Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik SPBT

          Tindakan Pelajar.
      
a.     Peraturan Am Sekolah hendaklah dipatuhi.
b.     Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran ataupun pengawasan guru yang berkenaan.
c.     Pelajar  tidak boleh membawa masuk sebarang peralatan kecuali dengan kebenaran guru.
d.     Pelajar  tidak membuat bising ataupun bermain di dalam bilik tersebut.
e.     Pelajar  tidak membawa sebarang bahan keluar tanpa kebenaran guru.
f.      Pelajar  tidak mengubah kedudukan bahan-bahan daripada  tempat  asal.
g.     Merekodkan sebarang pergerakan bahan mengikut prosedur yang ditetapkan.
h.     Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan  selamat.

9.7     Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik Bimbingan Kaunseling.

          Tindakan pelajar.
        
a.     Peraturan Am Sekolah haruslah dipatuhi.     
b.     Pelajar  tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan kehadiran guru kaunselor.
c.     Pelajar  dikehendaki menanggalkan alas kaki dan meletakkannya di tempat yang dikhaskan sebelum masuk.
d.     Pelajar  tidak boleh membawa makanan dan minuman ke dalam bilik.
e.     Pelajar  tidak boleh membawa sebarang bahan keluar daripada bilik.
f.      Pealatan dan bahan  disimpan di tempat asal setelah digunakan.
g.     Memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
h.     Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.


9.8     Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Penggunaan  Surau.

          Tindakan Pelajar.
        
a.     Tertakluk kepada Peraturan Am Sekolah.
b.     Alas kaki tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam surau dan ia  hendaklah disusun dengan di bahagian tangga surau.
c.     Pelajar  tidak boleh membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam surau.
d.     Pelajar  tidak boleh lepak, tidur ataupun membuat bising di kawasan surau.
e.     Peralatan dan bahan-bahan yang terdapat dalam surau tidak boleh diubah kedudukannya ataupun dipindahkan tanpa kebenaran guru yang bertanggungjawab.
f.      Pelajar  tidak boleh menggunakan surau sebagai tempat untuk menukar pakaian sama ada untuk PJK atau aktiviti lain.
g.     Memastikan surau dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
h.     Memastikan lantai untuk mengambil wuduk bersih dan tidak licin.
i.Melaporkan sebarang kerosakkan untuk dibaikpulih dengan segera.
j.       Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.
k.     Memastikan pintu pagar sentiasa dikunci sekiranya surau tidak digunakan.


9.9    Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Penggunaan Bilik Rawatan.

a.     Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
b.     Hanya ahli-ahli yang bertugas sahaja yang dibenarkan untuk berada didalam bilik untuk membantu dalam rawatan kepada pelajar yang memerlukannya.
c.     Pelajar yang sakit  dan ingin menggunakan bilik rawatan perlu mendapat kelulusan daripada  Guru Kesihatan. 
d.     Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan yang serius akan dicadangkan untuk menerima rawatan lanjut di hospital.
e.     Tanggalkan alas kaki di koridor dan ditempat yang disediakan sebelum masuk untuk menerima bantuan kesihatan.


9.10       Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Stor Peralatan Sukan

           Tindakan Pelajar.

a.     Peraturan Am sekolah mestilah dipatuhi.         
b.     Pelajar yang ingin menggunakan bilik ini  perlu mendapat kelulusan daripada  Guru Sukan 
c.     Guru  bertugas perlu berada di bilik stor sujan.
d.     Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar peralatan tanpa kebenaran guru yang bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang dipinjam diletakkan pada kedudukan asalnya.
e.     Pelajar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan peralatan sukan.
f.      Melaporkan sebarang kerosakan, kecederaan dan kemalangan semasa bersukan kepada guru yang bertanggungjawab.
g.     Pastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, pintu dan grill telah dikunci selepas digunakan.


10    POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN GURU UNTUK SEMUA BILIK KHAS.
     
a.     Memastikan semua bahan dilabel dan disusun dengan kemas dan teratur.
b.     Membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah tanggungannya.
c.     Memastikan disiplin dan pergerakan pelajar terkawal bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
d.     Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau masalah untuk diambil tindakan segera.
e.     Memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan grill telah ditutup selepas selesai menggunakan bilik khas.


10.1       Polisi Keselamatan Dan Prosedur Tatacara makluman Peraturan Sekolah.

a.     Pelajar dimaklumkan tentang peraturan sekolah  semasa perhimpunan oleh Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal pelajar dan Guru Kelas dan guru matapelajaran semasa di dalam kelas.
b.     AJKDS menguatkuasakan peraturan sekolah dengan menjalankan pemeriksaan disiplin semasa perhimpunan dan dari  semasa kesemasa mengikut keperluan sekolah.
c.     Melaksanakan siasatan mengikut prosedur terhadap tindakan disiplin yang telah ditetapkan oleh peraturan sekolah.
d.     Menjemput pihak polis untuk membantu dalam menjalankan pemeriksaan air kencing, beg dan fizikal pelajar secara mengejut.
e.     Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa atau penjaga khasnya yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar.



No comments: