Saturday 2 May 2015

‘LEGAL LITERACY’ Dalam Kalangan Pengurus Sekolah


Pemimpin sekolah  seharusnya celik undang-undang pendidikan iaitu ‘legal literacy’ yang sepatutnya dipelajari secara khusus  ataupun melalui pembacaan. Undang-undang sebagai alat untuk mempertahankan hak setiap individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Dengan adanya pengetahuan atau celik undang-undang ini, mereka lebih bertanggungjawab dan bertindak mengikut peraturan semasa melaksanakan tugas di sekolah. Ternyata mengurus tadbir sekolah termasuk dalam aspek Hal Ehwal Murid, kewangan, kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran akan menjadi lebih berkesan dan berkualiti  jika dilaksanakan menurut undang-undang berbanding menggunakan cara-cara lama yang berasaskan kebiasaan, ikut-ikutan, rasa-rasa dan budi bicara. Hal ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/2007- Panduan Pengurusan Pejabat (berkuatkuasa mulai 30 April 2007 & menggantikan Arahan Perkhidmatan 1974 ,Bab 1 – Bab 8):

Undang-undang Dan Peraturan

1.5. Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan fungsi jabatan hendaklah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pegawai. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan bagi mengemas kini undang-undang dan peraturan yang berkaitan supaya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan.

Sumber pegangan rasmi yang mesti diketahui dan difahami oleh semua pemimpin pendidikan adalah seperti:
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Kanun Prosedur Jenayah
3. Perintah Am
4. Akta Kelakuan dan Tatatertib (1993)
5. Akta Pendidikan 1996(Akta 550)
6. Akta Kanak-Kanak 2001
7. Pekeliling-Pekeliling Berkaitan
8. Kes-Kes Mahkamah Yang Telah Diputuskan dan lain-lain

Pentadbir pendidikan di sekolah tidak peka peraturan-peraturan yang sedia ada dan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas pelajar-pelajar. Kejahilan pentadbir dan pengurus sekolah adalah antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca sekolah sering didakwa oleh ibu bapa ditambah lagi dengan faktor-faktor yang berikut:
1. Sekolah terdedah kepada perhatian semua pihak yang berkepentingan.
2.  Orang ramai telah berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terutama     dalam   
     bidang undang-undang pendidikan
3. Kemajuan sosial ekonomi dan Perkembangan teknologi maklumat masa kini juga
    banyak mempengaruhi orang ramai  mangambil tindakan mahkamah kepada warga 
    pendidik di sekolah
4. Ibubapa telah sedar terhadap peranan, batasan dan tanggungjawab guru dan 
    pentadbir.
5. Berlakunya perkembangan kesedaran dikalangan orang ramai tentang hak asasi 
    individu untuk mendapat peluang    pendidikan yang adil dan saksama.

Mohd. Ismail Othman (2006). Para pendidik, pengetua, guru besar dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan. Ini adalah disebabkan mereka tidak faham, atau tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. Hal ini menyebabkan mereka seringkali melaksanakan sesuatu perkara mengikut kebiasaan atau sekadar mengikut apa yang orang lain lakukan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada prosedur sebenar . Selain dari sebab yang tersebut di atas, guru-guru sendiri masih kurang arif berkenaan “Perintah Am” dalam perkhidmatan awam walaupun mereka menghadiri kursus induksi sebelum disahkan dalam jawatan mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik dan cekap serta menghadapi risiko dikenakan tindakan tatatertib atau dakwaan oleh ibubapa kerana kecuaian.


Duty of care

Kecuaian (negligence) dikaitkan dengan “kewajiban berjaga-jaga” (duty of care). Semua sekolah mempunyai kewajiban berjaga-jaga (owe a duty of care) kepada pekerja-pekerja dan anak-anak muridnya. Ini bermakna pengurus sekolah atau pemimpin sekolah perlu melindungi kesihatan dan keselamatan para guru dan muridnya. Ini termasuk mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka (forseeable risks) daripada berlaku. Kegagalan memenuhi “kewajiban berjaga-jaga” (duty of care), kegagalan melaksanakan tanggungjawab, dan kegagalan mematuhi arahan serta peraturan boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah (civil or criminal suit). Tindakan-tindakan mahkamah yang diambil terhadap sekolah sudah tentu akan memberi kesan yang serius kepada sekolah dan mesti dielakkan. 

Kesimpulan

Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa Pemimpin Sekolah serta semua guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan perundangan pendidikan bagi berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan semua warga sekolah khusunya kes-kes disiplin pelajar. Seterusnya ini akan membawa kepada wujudnya suasana yang kondusif di sekolah bagi mendidik pelajar-pelajar menjadi insan yang berguna. Pentadbir sekolah, Guru samada yang lama atau guru novist atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan perkhidmatan Pendidikan, sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan. Profesion Pendidikan sentiasa menerima tekanan daripada orang awam dan masyarakat yang mengharapkan segala yang terbaik daripada golongan ini. Keadaan ini memaksa setiap mereka yang menjawat dalam profesion perguruan ini tidak dapat tidak harus memahami dan perlu mengetahui apa itu perundangan dan kesan akibat daripada ketidak fahaman terhadap perundangan dalam pendidikan. Justeru Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah sendiri perlu mengadakan kursus-kursus untuk mendedahkan guru- guru dengan aspek perundangan dalam pendidikan bagi mengelak daripada risiko dikenakan tindakan mahkamah. 


Bibligrafi
Mohd. Ismail Othman (2006). Undang-Undang Untuk Pengetua dab Guru Besar. Kuala Lumpur:PTS Professional. 

No comments: