Saturday 2 May 2015

Melindungi Masa Instruksional

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belhajar

GURU GANTI SISTEMATIK – JPN SABAH

Antara tujuan inisiatif ini dirangka ialah:
1. Memastikan JPN, PPD, dan sekolah dapat meningkatkan usaha bagi MMI.

2. Memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learningtime dalam kalangan murid di semua sekolah.

3. Memastikan guru mesti ada di dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN.
terdapat 3 fasa pelaksanaan program yang dicadangkan iaitu pra, semasa, dan pasca (selepas).
1. Fasa I : Prapelaksanaan.

Peringkat Prapelaksanaan melibatkan pihak pentadbir, guru media, ketua panitia, dan semua guru.
(a) Pihak pentadbir perlu :

i. Mewujudkan bidang tugas (GGS). Bidang tugas ini melibatkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang, Ketua Bidang, Ketua Panitia, dan semua guru mata pelajaran.
ii. Peka tentang ketidakhadiran guru sama ada yang menghadiri tugas rasmi atau kes-kes kecemasan,
iii. Menyediakan jadual waktu guru ganti sehari sebelum, bagi guru yang diketahui akan meninggalkan sekolah.
iv. Penyediaan jadual guru ganti serta agihannya perlu adil dan saksama serta mengambil kira permintaan guru sama ada secara jual beli atau sebaliknya mengikut kesesuaian.

(b) Guru perlu :

i. Menulis maklumat tugas rasmi yang bakal dihadiri dalam buku maklumat pergerakan guru untuk tujuan penyediaan guru ganti.
ii. Memaklumkan ketidakhadiran pada pagi hari seawal mungkin bagi kes-kes kecemasan.
iii. Memaklumkan dan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah bagi cuti tanpa rekod, cuti sambilan, dan cuti bersalin.

(c) Guru Tidak Hadir perlu :

Menyediakan bahan/modul dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan (GGS) sebelum memulakan tugas rasmi di luar sekolah. Bahan yang disediakan hendaklah selari dengan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan khusus untuk kelas-kelas yang ditinggalkan.
(d) Ketua Panitia perlu :
i. Mengadakan bengkel penyediaan dan mewujudkan koleksi Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk guru ganti pada awal tahun mengikut sukatan pelajaran setiap mata pelajaran.
ii. Menyenaraikan guru yang boleh menggantikan guru yang akan bertugas di luar/ cuti kecemasan dan diberikan kepada pengurusan GGS.

(e) Guru Media perlu

i. Menyediakan bahan bacaan, bahan multimedia seperti CD PdP.
ii. Menyediakan guru-guru dengan Portal Pendidikan dan bahan-bahan dalam talian.
iii. Sentiasa bersedia dengan aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan sekiranya tidak ada guru ganti maka murid boleh dibawa ke Pusat Sumber Sekolah dan kelas dikendalikan oleh guru media dengan aktiviti-aktiviti yang terancang.

2. Fasa 2 : Semasa.

Melibatkan pentadbir atau pengurusan GGS, guru ganti, dan ketua kelas.
(a) Pentadbir/ Pengurusan GGS.

i. Menyemak rekod kehadiran dan rekod guru menjalankan tugas-tugas luar, seterusnya menyediakan, mengedarkan jadual kepada guru terlibat, dan menampal jadual pada papan kenyataan.
ii. Jadual kelas dan guru ganti diedarkan dan ditampal pada papan kenyataan.

(b) Guru Ganti.

i. Selepas guru ganti mendapat surat arahan menggantikan kelas, mereka perlu mengenal pasti guru yang diganti dan mata pelajaran yang diajar seterusnya mendapatkan bahan/modul daripada pengurusan GGS.
ii. Masuk ke dalam kelas dan menjalankan PdP berdasarkan modul yang disediakan. Aktiviti semasa PdP bergantung kepada kesesuaian bahan yang disediakan, kreativiti, dan kepakaran guru.
iii. Selepas masa tamat, guru ganti menandatangani buku log guru ganti dan bahan hendaklah dikumpulkan untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran.


(c) Ketua Kelas.

i. Sekiranya guru ganti tidak masuk ke kelas selepas 10 minit masa berlalu, Ketua Kelas perlu melihat senarai guru ganti di papan kenyataan, seterusnya mencari guru berkenaan. Selepas usaha mencari dijalankan dan guru masih tidak masuk ke kelas, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan/ Pengetua.
ii. Memastikan guru menandatangani buku log guru ganti sebelum meninggalkan bilik darjah.

3. Fasa 3 : Pasca

Bahan/modul yang digunakan dalam PdP hendaklah diserahkan oleh murid kepada guru mata pelajaran setelah mereka kembali ke sekolah (sekiranya perlu). Guru mata pelajaran hendaklah melihat, meneliti,atau memeriksa bahan atau skrip jawapan murid yang diterimanya dan membincangkannya semula di dalam kelas mengikut keperluan.



SYOR
Pelaksanaan kelas ganti ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan pendekatan. Terdapat situasi, guru mata pelajaran tidak hadir tetapi telah diketahui dan persediaan sempat dilakukan. Situasi lain terjadi apabila kes-kes kecemasan berlaku dan guru tidak sempat untuk menyediakan bahan (rujuk carta aliran kerja). Oleh itu, Pengurusan GGS hendaklah menyediakan beberapa pendekatan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru ganti.
Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah:

1. Sarana Guru Ganti.

Bahan-bahan yang ada dalam sarana disediakan oleh panitia pada awal tahun atau sepanjang tahun. Guru ganti hanya perlu memilih bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan kelas dan murid yang akan diganti. Bahan-bahan yang boleh dikumpulkan dalam sarana ini, seperti yang berikut:
(a) (Set nota mata pelajaran mengikut topik).Penyediaan nota ini boleh disediakan dalam lembaran kerja atau secara power point .
(b) (Set latihan mengikut topik sesuatu mata pelajaran)
(c) (Set soalan peperiksaan) - koleksi soalan peperiksaan sama ada ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau soalan peperiksaan umum, dan sebagainya yang boleh diambil dari bank soalan.
(d) (Set latihan umum) - Guru-guru menyediakan set latihan atau bahan ilmiah berbentuk menguji ingatan, kebijaksanaan, dan kecerdasan seseorang murid. Contohnya kuiz teka silang kata, soalan-soalan IQ, teka-teki, soduku,dan sebagainya.
(e) (Set soalan pencarian di internet) - Panitia menyediakan bahan, topik dan portal yang sesuai bagi sesuatu topik untuk dilayari oleh guru ganti dan murid.

2. Aktiviti Pusat Sumber

Guru Media juga boleh memainkan peranan penting dalam kelas ganti ini. Guru Media bersama guru ganti atau tanpa guru ganti boleh merangka pelbagai aktiviti PdP dalam pusat sumber. Antaranya ialah :
(a) Projek Pukal - Kotak Buku Bacaan yang dibekalkan oleh Pusat Sumber untuk bacaan kelas.
(b) Merentas Dunia – membaca tentang sebuah negara dan mencatat maklumat seperti ibu negeri, cuaca, kehidupan rakyat, dan sejarahnya. Sesuai untuk mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Geografi bagi Sekolah Menengah, dan Kajian Tempatan bagi Sekolah Rendah.
(c) Biodata Tokoh terkenal – murid-murid membuat profil tokoh-tokoh terkenal dan mencarinya di buku atau internet .
(d) Mengumpul perkataan – sesuai untuk Sekolah Rendah dan Menengah Rendah dan mata pelajaran bahasa.

3. Penggunaan Bahan Multimedia – Bilik Tayangan

Menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan daripada pelbagai sumber seperti VCD, Program ASTRO Pendidikan, CD Interaktif, dan sebagainya.
4. Penggunaan Pusat Akses

Pencarian Ilmu secara dalam talian dengan menggunakan bahan dalam toolkit.

5. Tukar Ganti Guru
(a) Konsep ‘tukar ganti waktu’ secara ‘jual beli waktu’ dibenarkan untuk mengatasi masalah guru tidak hadir. Perkara ini bersesuaian dengan SPI Bil. 10 Tahun 1995 (merujuk perkara VII). Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dimaklumkan kepada Pengurusan GGB.
(b) Guru ganti dalam kalangan guru yang mengajar dalam kelas yang sama diutamakan (ikut kesesuaian).
(c) Guru boleh membuat gantian masa lebih awal sekiranya mengetahui jadual pergerakan (secara terancang).

6. Kelas Bercantum
Sekiranya terlalu ramai guru tidak hadir dan guru ganti tidak mencukupi, murid boleh dikumpulkan di dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk dilaksanakan aktiviti pembelajaran secara bengkel atau tayangan rakaman ilmiah dan diawasi oleh beberapa orang guru.

No comments: